Pages

kAtA pembuka bIcArA

Friday, August 19, 2011

KISAH SEORANG LELAKI DI HARI AKHIRAT



Pada Hari Kiamat Seorang lelaki terperanjat besar apabila dihamparkan kepadanya suratan amalnya. Kerana terlalu banyak amal soleh yg tidak pernah dilakukannya tersurat disitu. Manakala sebahagian besar dosanya tidak langsung tercatat.

Lalu ia bertanya kepada Malaikat;

~ Benarkah ini suratan amalku?


~ Benar..jawab Malaikat itu tegas.

~ Tapi mengapa begitu banyak amalan..soleh yg tidak pernah aku lakukan tercatat di situ manakala amalan jahat ku langsung tidak dicatat? Tanya lelaki itu masih kehairanan.

Seraya tersenyum manis malaikat itu menjawab;

~Sebenarnya ketika di dunia terlalu ramai org yg memburuk-burukkan mu di belakangmu, mereka gembira mengumpatmu tanpa pengetahuan mu serta memaki hamun mu sesama mereka. Lalu pada hari ni seluruh amalan baik yg pernah mereka buat diserahkan kepada mu, dan seluruh amalan jahatmu diserahkan kepada mereka.


Lelaki iti lalu diiring penuh kehormatan oleh Bidadari Syurga bersimpuh di atas katil2 yg berhias indah.

Thursday, August 18, 2011

'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

- Bernama

Monday, August 1, 2011

CERITA 1 RAMADHAN..

Assalamualaikum..
Selamat berpuasa..

[ Hari pertama puasa.. ]

Masa tengah berbuka..

Mood : sedang menikmati juadah yg dimasak oleh ibu..wah, sedap giler..x pandang tempat laen dah..pandang pinggan jer..tiba2, ibu bersuara..

Ibu : Nape along..muke laen je..ibu nampak dari petang tadi dah..
Bapak : Ke teringat orang jauh (sambil senyum perli)
Aku : Haihh, mane ade..xde kena-mengena..(terus tergelak, muka pn ceria)..hahaha
Ibu : Dia tengah berbuka tue..Mak dia masak ape la agaknye..hehe
Aku : Adoi, padan muka..kan dah kena batang idung sniri..(sambil berkata dalam hati..)

Pengajarannya : laen kali masa makan jangan muka monyok jer..kan dah kena camtue..x psal2..sampai x terkata..hahahaha

Ibu aku kalau bole nak kena kan anak dy, memang habis2an..aku pun wat muka x bersalah jer..kang cakap banyak2 laen plak jadinya..dah dkat umo 20 nie..macam2 la dy tanya..huahuahua

Tuesday, July 5, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI KMPP 2011

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Salam 1 Malaysia..




Membawa khabaran dari KMPP bersempena dgn majlis makan malam alumni. Butiran-butiran adalah seperti berikut :


Tarikh  : 10/9/2011
Masa    : 8.00 pg - 11.30 malam
Tempat : Kolej Matrikulasi Pulau Pinang


Bagi meraikan bekas-bekas pelajar KMPP beberapa aktiviti menarik akan dilaksanakan pada hari tersebut. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah :

  •  "ice breaking"
  •  sukaneka
  •  Mesyuarat bersama semua Alumni yang hadir
  •  Majlis Makan Malam

 Kepada alumni yang berminat untuk membuat tempahan, anda boleh memilih salah satu daripada pakej yang disediakan iaitu :

  PAKEJ A ( RM 100 )
1) Makan Malam
2) Baju T-shirt Alumni KMPP (Baju lengan panjang/pendek/muslimah)
3) Beg Alumni KMPP
4) 'Key Chain' Alumni KMPP
5) Pelekat kereta Alumni KMPP
6) 'Flask Alumni' KMPP

  PAKEJ B ( RM 60 )
1) Makan Malam
2) Baju T-shirt Alumni KMPP (Baju lengan panjang/pendek/muslimah)
3) 'Key Chain' Alumni KMPP

*** Setiap tempahan yang anda lakukan, secara langsung anda telah memberi sumbangan kepada tabung Alumni KMPP!!!

Semua Alumni KMPP juga bolehlah sentiasa melihat maklumat terbaru berkenaan majlis makan malam di BLOG ALUMNI KMPP (RASMI) .

Untuk membuat tempahan tempat, sila hubungi Unit Perhubungan Luar Majlis Makan Malam iaitu :
  1.  Muhammad Hafeedz Hurairah b Ahmad Shahbani (013-4427680)
  2.  Nurul Syahirah bt Ishak (013-4051753)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 Ogos 2011.

Untuk sebarang pertanyaan sila emel ke : alumnikmpp@gmail.co

P/S : MARILAH SAMA-SAMA KITA MERAIKAN MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI KMPP 2011 BUAT PERTAMA KALINYA..AYUH, JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!

Monday, July 4, 2011

biLA haTI beRKata-kaTA

Okey..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Apa2 pun, bersykurlah..jadilah hambaNYA yg sentiasa bersyukur walaupun kita ditimpa musibah..ucaplah Alhamdulillah..kerana setiap dugaan yang diberikan itu adalah tanda kasih dan sayangNYA kepada kita..
DIA ingin menguji sejauh mana ingatan kita padaNYA..

teett..teett..teett..

nie la jadinya bila dah xde keja nak buat mlam2..
nak tdo tpi mta x leh nak ttup lagi..
tngah pkey jgak keja yg kena wat esok..
lpas keja kena gi wat urusan plak..
oohhh..

x baek mengeluh Asma~

aku selalu pesan kat org laen cmtuh..
tp napa ak wat jgak..
hmm..

~ahhh, kalau dpkey kan sgt bole wat sakit pala jer..huhu

 "alaa...besa la tuh..lumrah idup..suma org ada msalah sndiri.." hatiku berkata.

aku tgk handphone..
em, xde satu pn msg masuk..
bila ingat balik..
lma jgak ak x msg ngn sapa2 pn..
hmmm..suma org busy agaknye...
biarlah..mlas nak kaco..

.:[ aku sentiasa doakan kalian sentiasa dalam rahmatNYA ]:.

kejap2 tgk jam..
dlm ati duk tggu masa nak tido jer..
esok keja..
ntah kenapa mlam nie rasa masa mcam lmbat je masa berlalu..

sebenarnya mcam2 dalam kepala otak nie duk pkey..
haihh..
itu laa, ini laa, ape laa..
hahaha..
sudah..sudah..sudah..

esok bangun mulakan dengan senyuman..

senyum itu sedekah..
senyum juga pengubat duka..
senyum juga buat org tertawa..
senyum juga akan buat kita ceria..

So, apa lgi..jom la, kita senyum!!!
Mulakan harimu dgn senyuman k.. =)

ku tersenyum, kau tersenyum..kemesraan menguntum..

semoga sepanjang hari tersebut kita kan sentiasa bersemangat dan terus berjuang di jalan yg diredhai Allah..
insyaAllah~



Sekian..wassalam


Sunday, July 3, 2011

vIdEo

haa, jom kita layan video dari Mat Luthfi nie..

Sebenar2 nya kan...aku baru je knal Mat Luthfi nie sejak2ada org sebut nama dy kt aku ari tue..hehe
Kalau dy x sebut msti smpai skang aku x knal lagi..haha..ketinggalan sungguh..huhu
Trimas la yer kat org yg gitau ak tue..
Mula2 dy sebut tue, aku agak macam tercengang sbb nak pkey ape la yg dy ckap nie..aku dah la x pnah dgr..nak recall memory jap..tapi nak senangkan cter aku ngaku la x pnah tgk Mat Luthfi nie..haha..

So, bila dah cuti..keja pn x bnyak nak wat..apa lagi tanya pakcik google la kn..search la Mat Luthfi nak tau apa benda la yg dy duk tnya aku ari tuh..search punya search..lastly, I found some of his video in you tube..apa lagi, cuba la bkak satu2 nak tgk..
Wah, bez jgak rupanya ekk..hehe..loghat utagha dy sgt pekat..haha..memang syok la dengaq..

Ok laa, let's enjoy the videos..antara video2 darinya..


Serta paksa~



Bukan semua cantik subjektif~




Amacam..suka x??
Bley la search kat you tube lagi..banyak lagi dy punya video..

kEnANgan sEmALam di KMPP

hai~~~

Assalamualaikum..
Wah, gembira rasanya dpat bkak blog nie..hehe

Pada masa aku mengupdate blog nie dah malam..kira2 10.50pm cmtuh..agak2nya, dah ramai org tidur tym nih..malam2 arsa tenang je sbb xde gangguan..emm
Jom la nak cter pasal semalam..

Jam 9.45am, aku baru nak keluar rumah gi kedai kejap..lepas tue, baru nak gerak ke KMPP sbb ada meeting jam 10am..bayangkan tinggal lagi 15 minit je lg..em, kelam kabut x kira laa..haha..tapi dalam mcam tue bley relek lagi senarnya..nak sedapkan ati anta msg kt Kinah..tanya meeting da stat lum..

"Assalam, Kinah..meeting da stat lum?"

"Blum.." Kinah menjawab.

Hah, lega rasanya..apa lagi pecut la gi KMPP..naseb baek dekat je KMPP ngn umah..lbey kurang lam 5-6 minit cmtuh..sbb dkat la saje wat lmbat2 tu..haha..Bila da smpai sna..masuk ja blik jpp tgk x ramai lagi yg dtg upanya..Yang pling bez, meeting stat kul 11am lak..haha..sbb tggu Abg KA punya pasal..dy senarnya ada hal msa tngah jalan on the way ke sini..

Meeting la kami suma pasal dinner KMPP x lma lagi..insyaAllah tarikh yg dijangka dinner tue pada 10/9/2011..Setiap unit pn bentangkan depa punya progress..Bila dah abes tue, rasa cam mlas plak nak blek umah..besa laa..bila dah smpai kmpp susah btul nak blek..sbb rasa hepi dapat jmpa geng2 kmpp nie..suka tgk depa suma nih..otak giler2..kalau bab2 merapu memang no 1 laa..haha..tapi respect jgak kt depa..walaupun macam tue, tapi otak berjalan jer..tngok jgak la umur depa nie..kalau kt kmpp nie depa dah jadik super super super senior agaknya..

Meeting abes pn dah tengahari..Bila dah tengahari, suma perut pn dah lapar..Apa lagi, nak kuar gi lunch la..tapi suma x nak lunch kat dalam..suma nak mkan kt luar..ye laa, boring dh..asek2 mkan kt dalam jer..Aku ngn Iki pn drive la keta..muat2 jer nak sumbat kami suma 10 org..hehe

Pusing punya pusing..makan la kami kat restoran kat Kepala Batas..nama pe ntah kedai tuh..lupa plak..Joe d'Plum kot..kot laa..huhu..sory kalau clap..cheq lupa..hehe

Tgk pinggan masing2 mcam2 lauk yg amek..ada ikan keli la, ulam la, sayur la..nyum2, mang sdap x terkata..haha..rugi x amek banyak2 lauk..sbb Abg KA belanja kami suma..maklumla, org dah bekerja kn..belanja la adek2 nie makan..Alhamdulillah, kenyang perut dapat makan..bak kata pepatah Melayu :

..gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.. 

Memang suka ati sangat laa..dalam keta tue, riuh dengar Abg Mamu berceloteh..tngah2 drive gelak dalam ati..x tahan dgr dy wat lawak..haha..aduii, lawak sungguh..Najwa, Hurairah ngn Syahirah duk layan dy..aku yg x layan dy pn kena usik gak ngn dy..haha..x reti duk diam sungguh dy..tapi xpela, bkan senang pn nak jmpa depa suma nie..tggu kmpp ada wat program je la baru dpat jmpa suma blek..

Bila nak blek umah tue, arsa mcam sdey plak nak tggalkan kmpp nie..depa nie baek sgt dgn aku..rasa sebak je..tapi apakan daya..terpaksa jgak laa sbb ada keja nak kena wat lgi..petang tue, nak gi melawat adek aku lak kt skola sbb nak celebrate besday dy..kang kecik ati lak..huhu

Tapi apa2 pn, hope suma dapat bekerjasama sebagai satu team manjayakan dinner untuk reunion KMPP wat pertama kalinya diadakan..insyaAllah~


GUD LUX AND ALL THE BEST!!!