Pages

kAtA pembuka bIcArA

Tuesday, August 31, 2010

sekadar mengisi mAsA ..


warna-warni kehidupan..warna mencorakkan hidup kita..


sEiNdAh HiAsAn adalah WANITA SOLEHAH..


berdoalah kepada ALLAH..DIAlah MAHA Pendengar yang setia..

Sunday, August 29, 2010

DOA..DOA..DOA..

 SALAM 19 RAMADHAN..

Hari yg cerah dn ceria dpt dri nie brkongsi satu rhsia tntang doa..info nie dterima dripda ayahanda trcinta sjak smggu yg lalu..moga2 mklumat ini dpt memberi manfaat kpda kta smua.. 

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN  semasa duduk antara dua sujud dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuhdari hati kita selama ini. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah. 
 
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Diamlah sejenak,buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. 
 
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua. 
 
Warhamni (sayangi aku) Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup berturut-turut. 
Sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)  
 
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai sebuah doa ini. Sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Friday, August 13, 2010

Kelebihan Ramadhan..

4 RAMADHAN

" Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :siapa
yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan niscaya akan
diampuninya segala dosanya yang telah lalu."- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, IbnHabban dan Baihaqi-

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. (juga doa pada sepertiga malam.)

~ Mari sama-sama kita menghayati bulan Ramadhan yg mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah sunat..semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yg lepas..~

REnUng-rEnUnGKaN & sElAmAt BeRaMaL

Thursday, August 12, 2010

< rAmAdHaN yA RaMaDhAn >

Assalamualaikum.. 

 3 RAMADHAN (jumaat)..

“Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”(QSal-Baqarah: 183)


~ Pada hari yg jumaat yg tnang ini..dri ini juga tnang mengedit blog selepas pulang dari kuliah pagi ini..rsa bahagia pda hari ini membuatkn dri ini tenang di dpan laptop smbil membuka nota Kalkulus di sbelah..sdg mentelaah tba2 dri ini sgt tertarik dgn satu arikel iaitu 'Kelebihan Solat Tarawih..Artikel ini telah dipost oleh s'org shabatku kepada semua bkas rkan2 kuliah kmi..terima kasih kepadanya kerana sudi memberi sdikit input kepada kami smua..smoga Allah dpt membalas jasanya..

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6.Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua belas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga belas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima belas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam belas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh belas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Semoga dapat kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadah serta jauhi perkara-perkara yg dpt mengurangkan pahala puasa kita..

RAMADHAN KAREEM..ALLAHU AKRAM..

" Ya ALLAH,bantulah kami untuk (terus) berzikir kepada-Mu, dan (sentiasa) bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki (kualiti) ibadah kami kepada-Mu "

~~~ SYUKRAN... ~~~



Monday, August 9, 2010

kEmBaLi~~

sudah lma rsanya x mengupdate blog nie..rsa rndu plak nk update..sjak2 nie dri nie sgt sbuk dgn khidupn bru d alm universiti..mgkin kli nie dberi k'izinan dri ALLAH utk mengupdate blog..

~knaplah hti nie sring mmikirkan prkra lalu yg membuatkn rsa sdih bla trkenangkn..xtahu la apa sbnrnya prasaan ini..kdg2 rsa sdih,kdg2 rsa gmbira ja..luarn nmpak gmbira tpi dlm nie hnya Allah sja yg thu..dlam fkiran slalu trfkir mcm2..tpi smua tue hnya dpt dsimpn di dlm hti..bkn x nk luahkn tpi biarlh smuanya mnjdi rhsia hti ini..ALLAH lah tmpat kta mngadu yg pling setia skali..DIA sntiasa brsama kta..cma kta ja x brsma DIA..dri ini sring lalai mengingatiMU..sering leka dgn hal2 kduniaan yg mlalaikn..dri msa ke smasa dri ini cba utk brusaha memperbaiki kesilpan yg lalu..moga2 saat ini akn lbeh baek dri saat yg lpas..tpi apakn dya..dri ni kdg2 trsungkur juga dri mengingatiMU ya ALLAH..

~knapa rsa sayu ja bla trkenangkn pristiwa lpas..sdih sgt..knapa ssuatu yg kta hrapkn x mnjadi knyataan..mgkin ini smua dugaan drpd ALLAH utk menguji thap keimanan hmbanya yg lmah ini..masih ingt lgi jnji2 mreka kpadaku..ak sgt setia dgn jnji2 tue..tpi knapa mreka lupakan jnji tue dn trus brlalu tnpa brita..apakh smua ini?

~dri ini cuba utk melupakan sgla yg lpas..dn brusaha membina smangat utk trus maju ke hdapan..mhu lupakan sgla perkra2 yg tlah berlalu wlaupn amt pahit skali..di situ juga trdpat knangan mnis saat2 mengecapi kgembiraan brsama..tpi dri ini trus tekad x kn berpatah kmbali ke blakang..dn terus maju ke hadapan..mgkin yg akn dtg nnti akn lbeh baek dri yg sblum ini..SETIAP YG TERJADI ITU ADA TERSEMBUNYI HIKMAHNYA..insyaALLAH,dri ini akn trus berusaha demi meningkatkn iman dn juga taqwa..

~< La TaHzAn, iNnAllAhA mAa'Na >~