Assalamualaikum..
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..insyaAllah..semoga iman kita seindah kecerahan hari ini.. :)
Ok, td masa tgh berfesbuk..sempat la terbaca satu status kwan sefesbuk saya..Menarik jgak..psal pertunangan..
JOM kita teroka pasal apakah itu..
*Mengambil inspirasi surah Al-Mukminun untuk diaplikasikan dalam pertunangan. Al-Quran mengingatkan ciri-ciri yg berjaya mewarisi ♥ Firdausi seperti dalam surah tersebut iaitu :
1- Orang yg khusyuk dalam solatnya.
Ketika bertunang, sekiranya kita tidak menguruskan rindu, tentu asyik terbayang wajahnya hatta ketika solat.
2- Orang yg menjauhi (perkataan dan perbuatan) lagha.
Kita hendakah menjauhi bahasa y boleh menyebabkan hati tidak keruan. Bahasa cinta hanya layak digunakan oleh sepasang kekasih halal. Gurauan suami isteri dalam Islam tidak temasuk perkara lagha.
3- Orang yg menunaikan zakat.
Kita hendakah membersihkan ikatan ini dengan zakat jiwa. Zakat jiwa adalah membersihkan hati daripada syirik dan kotoran batin.
4- Orang yg menjaga kemaluan.
kita hendaklah menjaga diri semaksimum mungkin.
5- Orang yg memelihara amanat dan janji.
ketika bertunang, kita berjanji unuk menjadi pasangannya. Usahlah mengambil mudah untuk memutuskannya.
6- Orang yg memelihara solat.
Kita mesti lebih bersungguh melatih khusyuk dan ketepatan waktu. Qatadah berkata, maksud ayatt ini iaitu orang yg melaksanakan solat pada waktunya.
# Inilah antara cara yg sesuai untuk mempertahankan kesucian hati dalam tempoh pertunangan. #
♥ " Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" ♥ (HR Ahmad)
Ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan melainkan pada insan-insan tertentu ialah untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Selain itu, pertunangan itu ialah satu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan boleh jadi juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
“Maka ALLAH adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.”
لا حول ولا قوة الا بالله
[ SEMOGA KITA TERHALANG DARIPADA SEGALA GODAAN SYAITAN ]



