Pages

kAtA pembuka bIcArA

Thursday, June 23, 2011

nIcE


Cuba kita amek pengajaran daripada video nie..


Abdullah bin Umar RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda,
 "Solat berjemaah adalah 27 kali ganda darjatnya daripada solat bersendirian."


Walaupun tengah dalam perjalanan, tapi solat tetap diutamakan..Dekat mana-mana pun kita boleh solat tetapi tempat solat itu mestilah bersih..Selain itu, orang bermusafir juga diberi kemudahan atau keringanan untuk melakukan solat iaitu dengan melaksanakan solat secara qasar dan jamak atau kedua-duanya tetapi mestilah mengikut syarat-syarat tertentu..

Jangan sesekali kita mengambil mudah tentang solat..Sama-samalah kita muhasabah diri kembali dan cuba untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik..InsyaALLAH~

ISLAM ITU INDAH..


Solat itu tiang agama..macam mana sekalipun, jangan tinggalkan solat..



Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak.”(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Peristiwa Subuh
Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
berkumandang suara azan
mendayu memecah sepi
selang-seli sahutan ayam
tetapi insan kalaupun ada hanya
mata yang celik dipejam lagi
hatinya penuh benci berdengkurlah kembali
begitulah peristiwa di Subuh hari
suara insan di alam mimpi
Ayuh bangunlah tunaikan perintah Allah
sujud mengharap keampunan-Nya
bersyukurlah bangkitlah segera
moga mendapat keredhaan-Nya
begitulah peristiwa di Subuh hari
setiap pagi setiap hari


rEnUnG2kAn dAn sElAmAt bErAmAl~

No comments:

Post a Comment