"jika hari ini aku gembira, tersenyum lebar, ceria di muka sukar disembunyi..mungkinkah hari esok atau seterusnya aku akan seperti hari ini..atau mungkin aku akan bermuram durja, berkerut dahi, dan cuba menyorokkan riak wajah daripada insan sekeliling..supaya mereka tidak sedar perubahan yang berlaku..inilah lumrah kehidupan..terkadang hati akan sangat gembira..terkadang hati sangat sedih..hanya Dia yang mengetahui segala tersurat dan tersirat dalam hati hambaNya..
kAtA pembuka bIcArA
Friday, August 19, 2011
KISAH SEORANG LELAKI DI HARI AKHIRAT
Pada Hari Kiamat Seorang lelaki terperanjat besar apabila dihamparkan kepadanya suratan amalnya. Kerana terlalu banyak amal soleh yg tidak pernah dilakukannya tersurat disitu. Manakala sebahagian besar dosanya tidak langsung tercatat.
Lalu ia bertanya kepada Malaikat;
~ Benarkah ini suratan amalku?
~ Benar..jawab Malaikat itu tegas.
~ Tapi mengapa begitu banyak amalan..soleh yg tidak pernah aku lakukan tercatat di situ manakala amalan jahat ku langsung tidak dicatat? Tanya lelaki itu masih kehairanan.
Seraya tersenyum manis malaikat itu menjawab;
~Sebenarnya ketika di dunia terlalu ramai org yg memburuk-burukkan mu di belakangmu, mereka gembira mengumpatmu tanpa pengetahuan mu serta memaki hamun mu sesama mereka. Lalu pada hari ni seluruh amalan baik yg pernah mereka buat diserahkan kepada mu, dan seluruh amalan jahatmu diserahkan kepada mereka.
Lelaki iti lalu diiring penuh kehormatan oleh Bidadari Syurga bersimpuh di atas katil2 yg berhias indah.
Thursday, August 18, 2011
'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
- Bernama

Monday, August 1, 2011
CERITA 1 RAMADHAN..
Assalamualaikum..
Selamat berpuasa..
[ Hari pertama puasa.. ]
Masa tengah berbuka..
Mood : sedang menikmati juadah yg dimasak oleh ibu..wah, sedap giler..x pandang tempat laen dah..pandang pinggan jer..tiba2, ibu bersuara..
Ibu : Nape along..muke laen je..ibu nampak dari petang tadi dah..
Bapak : Ke teringat orang jauh (sambil senyum perli)
Aku : Haihh, mane ade..xde kena-mengena..(terus tergelak, muka pn ceria)..hahaha
Ibu : Dia tengah berbuka tue..Mak dia masak ape la agaknye..hehe
Aku : Adoi, padan muka..kan dah kena batang idung sniri..(sambil berkata dalam hati..)
Pengajarannya : laen kali masa makan jangan muka monyok jer..kan dah kena camtue..x psal2..sampai x terkata..hahahaha
Ibu aku kalau bole nak kena kan anak dy, memang habis2an..aku pun wat muka x bersalah jer..kang cakap banyak2 laen plak jadinya..dah dkat umo 20 nie..macam2 la dy tanya..huahuahua
Subscribe to:
Comments (Atom)