"jika hari ini aku gembira, tersenyum lebar, ceria di muka sukar disembunyi..mungkinkah hari esok atau seterusnya aku akan seperti hari ini..atau mungkin aku akan bermuram durja, berkerut dahi, dan cuba menyorokkan riak wajah daripada insan sekeliling..supaya mereka tidak sedar perubahan yang berlaku..inilah lumrah kehidupan..terkadang hati akan sangat gembira..terkadang hati sangat sedih..hanya Dia yang mengetahui segala tersurat dan tersirat dalam hati hambaNya..
kAtA pembuka bIcArA
Friday, August 19, 2011
KISAH SEORANG LELAKI DI HARI AKHIRAT
Pada Hari Kiamat Seorang lelaki terperanjat besar apabila dihamparkan kepadanya suratan amalnya. Kerana terlalu banyak amal soleh yg tidak pernah dilakukannya tersurat disitu. Manakala sebahagian besar dosanya tidak langsung tercatat.
Lalu ia bertanya kepada Malaikat;
~ Benarkah ini suratan amalku?
~ Benar..jawab Malaikat itu tegas.
~ Tapi mengapa begitu banyak amalan..soleh yg tidak pernah aku lakukan tercatat di situ manakala amalan jahat ku langsung tidak dicatat? Tanya lelaki itu masih kehairanan.
Seraya tersenyum manis malaikat itu menjawab;
~Sebenarnya ketika di dunia terlalu ramai org yg memburuk-burukkan mu di belakangmu, mereka gembira mengumpatmu tanpa pengetahuan mu serta memaki hamun mu sesama mereka. Lalu pada hari ni seluruh amalan baik yg pernah mereka buat diserahkan kepada mu, dan seluruh amalan jahatmu diserahkan kepada mereka.
Lelaki iti lalu diiring penuh kehormatan oleh Bidadari Syurga bersimpuh di atas katil2 yg berhias indah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment