Pages

kAtA pembuka bIcArA

Thursday, December 30, 2010

mARi..mARi..

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi yg indah dn ceria nie rasa ingin post sesuatu..Link yg dpat nie dterima dri ayh bberapa ari yg lalu..Rasa ingin berkongsi email yg dpat nie kt semua..

Below mentioned is an amazing website for the Holy Quran. Just put the mouse on any line and you will find the translation of that line or you can click the translation in the top of the page in the left corner for the entire Surah. In the left side for this website you can choose Surah (from all 114 Surah). Moreover you can choose any Aayah, can search by the page number and also you can select the Qari Whose recitation you want to listen.

Please Circulate. Jazak ALLAH Khair.






Marilah kita sama-sama memperbanyakkan bacaan Al-Quran..:)

Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (Muslim)


Kebaikan membaca al-Quran amat banyak, di antaranya ialah;
Bagi orang yang membaca Al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya
Manakala orang yang membaca Al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala

Sesungguhnya orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca Al-Quran.

Monday, December 6, 2010

MAAL HIJRAH (1432H)

Salam Maal Hijrah..

Selamat Tahun Baru Hijrah bersamaan dengan 1432H..
Semoga dengan kedatangan tahun baru yang disambut baik ini akan dapat sama-sama kita perbaiki kelemahan diri supaya dapat ditingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita..
Jadikan segala kesilapan lampau sebagai penyunting semangat dan juga guru yang dapat memberi kita semangat ke arah yang lebih posotif..
Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha untuk berhijrah..

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud :

'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'


Hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Illahi.




Semuanya terletak pada diri kita samada untuk mengaplikasikan konsep hijrah itu sendiri. Segala usaha yang dibuat juga mestilah berteraskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah sepertimana hadis Rasulullah s.a.w.



'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, di mana kamu semua tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul.'



(Hadis Riwayat Imam Malik)




~MARILAH SAMA-SAMA KITA HAYATI MAKSUD HIJRAH~








HIJRAH SATU WAWASAN
( iN-TeAm)


Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang

Mulakan hijrah dengan niat
Yang suci dan pasti
Membina kehidupan harmoni
Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
Sejahtera hidup aman sentosa

C/O
Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran

Contohilah Rasulullah
Berhijrah dari Makah ke Madinah
Demi menegakkan kalimah yang suci

Hijrah satu perubahan
Dalam meniti arus kemodenan
Dari kemunduran kepada kemajuan

Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang
Demi menjayakan hijrah yang murni


Wednesday, December 1, 2010

pIzzA~PiZZa~pIzzA

SALAM..

Lama betul dh x bkak blog nie..tpi bla skali bkak mcm2 nk tlih..hehe..
Post kali nie ialah tentang cara-cara nk buat pizza..nyum..nyum..lma benor dh x mkan pizza nie..ngidam plak rasanya..
Walaupun x pnah buat pizza, tpi cuba jgak cri resepi kt internet..moga2 dpat la mencuba buat pizza masa semester break nie..
Harap bleh dikongsi bersama resepi nie..

Bahan-bahan ( doh pizza )
  • 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gulahttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=131385488363044933
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli


Cara membuat
  1. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  2. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  3. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  4. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  5. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  6. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  7. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree. 

 
Bahan - bahan ( sos pizza)
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula 
Cara membuat

Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

Untuk Topping 
  • Sosej
  • Daging ayam, lembu
  • Lada benggala hijau atau merah - potong nipis-nipis
  • Tomato
  • Cendawan butang- potong nipis
  • Bawang besar
  • Nenas
  • Cheese monzarella




Thursday, October 21, 2010

shabat2 fAsi & jmuan rAyA KMPP 10..

Assalamualaikum..


Sudh lma rsanya tidak mnulis blog nie..disebabkan ksibukan dgn test2 sjak bbrapa mggu nie..blog nie tlah d'abaikn slama bbrapa ktika..rndunya pada blog..:-P
Hari ini telah berkesempatan membuka blog..sbnarnya crita nie dh lme x tlis tpi x de msa..insyaALLAH di kesempatan yg diberikan ALLAH ini akn sy gunakan utk mnulis blog..smoga pngalaman ini dpat dikongsi bersama..tErImAlAh~
khemah prtma yg dkunjungi..kt khemah YDP(adk k.raz)
muka2 ceria yg drindui..
kenangan menggamit memori~
idea tuk wt prjumpaan nie tlah dcetuskn smggu awl sblm rya..btpa smangtnya utk jmpa blek kmi smua..msa on d way blek kg,tba2, ckeyn anta msg kta nk wt reunion fasi2 lpas rya ari jmaat..
waahhh...sronok x trhingga bla bca msg tue..rsa cm x sbar2 nk jmpa smua blek..hnya ALLAH sja yg thu btpa gmbiranya hti ini ktika itu..emm..ila ngn ckeyn ajk tido kt KMPP shari awal tpi x bleh sbb nk abeskn msa ngn fmily kt umah..ye laa,nnti lma plak dpt jjak kki kt umah..bkn sng nk dpt blek tggu cti sem je..huhuhu..

emm,pgi jmaat tue,x sbar rsany nk brtlak ke sna..nseb baek ada "akak" (sdra) yg blaja kt KMPP..pgi tue dy dtg amek..hehe..sronok sgt2 dpt pgi ngn dy..dpt gak mrsa kreta bru dy..hehe..tHaNx akak!!


smpai je kt sna,trkaku sbentr tgk KMPP..sbb da lma x nmpk..hehe..x bnyk yg brubah tpi ari tue sgt2 mriah ngn khemah2 yg bnyk..pkaian wrna-wrni maklumlh suma pkai bju rya..trun je dri kreta trus gi kt kfe b..cri kinah ngn ila..ya ALLAH,btapa trujany rsa cm nk lmpat2 jmpa depa..x lma lpas tue dtg plak k.raz ngn k.intan..hepi sgt2 jmpa akak dua tu..tgh2 je mkan,tba2 YB dri pHnOm pNeN a.k.a ABG KA dtg..hehe..jgn mrah yer..waa,btol2 mcm YB..


tpi yg sdeynya pak long x dpt dtg dsebabkn mslah kesihtan..dy dmam msa tue..x dpt nk jmpa dy..emm,nnti da rzeki kta dpt kmpul kmbali suma..insyaALLAH~~


bla dh jmpa, ap lgi..riuh rndh la..rsany stu KMPP dgr suara kmi suma..aiihh,mcm2 glagat ada..mklumlh dh brpa bln x jmpa..tpi,rsa sronok dn brsyukur sgt2 krana ALLAH beri pluang utk kmi suma jmpa lgi..

muka2 kekenyangan~
hiasan kt khemah..kReAtIf~
smpat gi mlwat khemah adek2 pDt..
ptg tue,lpas slat jmaat rmai yg dh nk blek umah..tba2 dgnx drncgnya depa suma nk gi brya..haha..apa lgi umah pling dkt la jdi tmpuan..naiklh kreta rmai2 gi umahku..nseb baek dkt jer..tpi yg beznyer bla da smpai umah tue,bkn tuan umah yg bwat air tpi ttamu yg tlg wtkn..haha..xpe2,'sharing is caring'..


msa gi braya..nseb baek umah xde org..hehe
jmput2 mnum air..berjug2 najwa wt air..kek dlm bkas tu pn lcin..
Alhamdulillah,brsyukur kpda ALLAH ats nikmt & pluang yg dberikn..wlaupn smua sbuk dgn cti tpi msih da msa nk brkumpul rmai2..smoga ukhwah kmi ini dredhai olehMU ya ALLAH..


~ukHwAh fIlLaH aBaDaN aBaDa~


Sunday, September 19, 2010

rEuNiOn oh ReUnIoN..(0408)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dberi ksempatan utk bertemu sahabat-sahabatku pda hri selasa bru nie..ya ALLAH,sudh besar pnjg sahabatku semua..mereka sudh ada yg boleh menjadi mak org..hehe..lma sudh x bertemu..kerinduan pda mereka terubat setelah mata bertemu mata..ya ALLAH,ukhwah ini adlh ukhwah keranaMU ya ALLAH..semoga ikatan ukhwah yg terbina antara kami semua akn tetap utuh atas jalan kebenaranMU ya ALLAH..


Reunion buat pertama kalinya diadakan..tpi x smua yg dpt hdir..ada yg sudh kembali meneruskn perjuangan di bumi org..& ada juga yg masih beraya di kg..walaupn x smua yg hadir,tpi ttap bersyukur kerana dipertemukan dgn insan2 yg sgt istimewa iaitu sahabatku di Irshad..


~ya ALLAH,ak sgt merindui mereka..mereka tidak pernah memutuskan tali ukhwah antara kami tetapi semakin kuat memegang tali tersebut supaya ukhwah antara kami akan tetap kukuh dengan REDHAMU ya ALLAH..~

dePaN SuRaU..ATaS TaNGGa SuRaU..
SaHaBaT2 PeRemPuAn yg hadir..
di tEnGaH PaDaNg..panas..tapi masih boleh tErSEnYum..
dengan CiKgU sAbRi..
lawanya sAhAbAt2kU ini..hehe
~ya ALLAH,kau peliharalah sahabat2ku ini..kau berilah kebahagiaan kepada merka di dunia & akhirat..serta berilah kejayaan kepada mereka di dunia & akhirat..~ 


Buat sahabat-sahabatku~~~
 
sAhAbAt sEjAtI..

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis

Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya

Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya

Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

bingkisan Aidilfitri..

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yg menyambut hari raya..

Raya tahun nie mcm biasa braya di kampung..tpi x lma sbb ayhku ada tugas yg prlu diselesaikn smasa ketiadaannya di Penang..Pada hari raya kedua,ayhku mndpat pggiln tlefon smsa dia brada di tanah perkuburan bhawa kabel Penang Bridge terbakar(x psti terbakar atau sbaliknya-maaf klau slah).

Seharian dia bertelefon..rmai yg menelefonnya utk menyelesaikn msalah tersebut..kesian melihatnya pda hari itu.x senang dduk dbuatnya..kepalanya hanya terfkir masalah itu..beraya pn x smpat..terasa pengorbanan yg sgt besar ayhku..dia bekerja kras utk mencari nafkah utk kmi sekeluarga..x prnah knal erti pnat walaupn sminit..bersimpati pdanya..tpi apkan dya..x mmpu utk menolongnya kecuali berdoa supaya apa yg dilakukannya diberkati oleh Allah subhanahu wataala..

Sgt syg pda ibu & bpaku..merekah insan yg sgt mengambil brat tntang anak2 mereka..menatang bgai minyak yg pnuh merupkan tanggungjawab yg sgt mulia di sisi ALLAH..

Ptg itu,ayhku bersuara..
"kita balik melaka esok..lepastu,balik Penang..bapak nk kna krja hari Isnin.."

Hatiku sayu mendengar apa yg dikatakn ayhku itu..belum puas lgi di Pahang sudh mahu ke Melaka..dgn hti yg agk brat mahu mninggalkan Pahang,brang2 dikemas dgn rapi..ptg keesokn harinya,bergegaslh kami sekeluarga pulang ke Melaka..

~ya ALLAH,hambamu ini menadah tangan memohon hajat kepadamu..lindungilah kami dalam perjalanan ini & semoga kami selamat smpai ke destinasi yg dituju~

Alhamdulillah,akhirnya malam itu selamat kami sekeluarga smpai ke Melaka..syukur yg tidak terhingga kepada Yang MAHA ESA kerana telah memakbulkan doa kami..

Tuesday, August 31, 2010

sekadar mengisi mAsA ..


warna-warni kehidupan..warna mencorakkan hidup kita..


sEiNdAh HiAsAn adalah WANITA SOLEHAH..


berdoalah kepada ALLAH..DIAlah MAHA Pendengar yang setia..

Sunday, August 29, 2010

DOA..DOA..DOA..

 SALAM 19 RAMADHAN..

Hari yg cerah dn ceria dpt dri nie brkongsi satu rhsia tntang doa..info nie dterima dripda ayahanda trcinta sjak smggu yg lalu..moga2 mklumat ini dpt memberi manfaat kpda kta smua.. 

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN  semasa duduk antara dua sujud dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuhdari hati kita selama ini. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah. 
 
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Diamlah sejenak,buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. 
 
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua. 
 
Warhamni (sayangi aku) Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup berturut-turut. 
Sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)  
 
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai sebuah doa ini. Sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Friday, August 13, 2010

Kelebihan Ramadhan..

4 RAMADHAN

" Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :siapa
yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan niscaya akan
diampuninya segala dosanya yang telah lalu."- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, IbnHabban dan Baihaqi-

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. (juga doa pada sepertiga malam.)

~ Mari sama-sama kita menghayati bulan Ramadhan yg mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah sunat..semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yg lepas..~

REnUng-rEnUnGKaN & sElAmAt BeRaMaL

Thursday, August 12, 2010

< rAmAdHaN yA RaMaDhAn >

Assalamualaikum.. 

 3 RAMADHAN (jumaat)..

“Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”(QSal-Baqarah: 183)


~ Pada hari yg jumaat yg tnang ini..dri ini juga tnang mengedit blog selepas pulang dari kuliah pagi ini..rsa bahagia pda hari ini membuatkn dri ini tenang di dpan laptop smbil membuka nota Kalkulus di sbelah..sdg mentelaah tba2 dri ini sgt tertarik dgn satu arikel iaitu 'Kelebihan Solat Tarawih..Artikel ini telah dipost oleh s'org shabatku kepada semua bkas rkan2 kuliah kmi..terima kasih kepadanya kerana sudi memberi sdikit input kepada kami smua..smoga Allah dpt membalas jasanya..

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6.Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua belas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga belas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima belas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam belas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh belas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Semoga dapat kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadah serta jauhi perkara-perkara yg dpt mengurangkan pahala puasa kita..

RAMADHAN KAREEM..ALLAHU AKRAM..

" Ya ALLAH,bantulah kami untuk (terus) berzikir kepada-Mu, dan (sentiasa) bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki (kualiti) ibadah kami kepada-Mu "

~~~ SYUKRAN... ~~~



Monday, August 9, 2010

kEmBaLi~~

sudah lma rsanya x mengupdate blog nie..rsa rndu plak nk update..sjak2 nie dri nie sgt sbuk dgn khidupn bru d alm universiti..mgkin kli nie dberi k'izinan dri ALLAH utk mengupdate blog..

~knaplah hti nie sring mmikirkan prkra lalu yg membuatkn rsa sdih bla trkenangkn..xtahu la apa sbnrnya prasaan ini..kdg2 rsa sdih,kdg2 rsa gmbira ja..luarn nmpak gmbira tpi dlm nie hnya Allah sja yg thu..dlam fkiran slalu trfkir mcm2..tpi smua tue hnya dpt dsimpn di dlm hti..bkn x nk luahkn tpi biarlh smuanya mnjdi rhsia hti ini..ALLAH lah tmpat kta mngadu yg pling setia skali..DIA sntiasa brsama kta..cma kta ja x brsma DIA..dri ini sring lalai mengingatiMU..sering leka dgn hal2 kduniaan yg mlalaikn..dri msa ke smasa dri ini cba utk brusaha memperbaiki kesilpan yg lalu..moga2 saat ini akn lbeh baek dri saat yg lpas..tpi apakn dya..dri ni kdg2 trsungkur juga dri mengingatiMU ya ALLAH..

~knapa rsa sayu ja bla trkenangkn pristiwa lpas..sdih sgt..knapa ssuatu yg kta hrapkn x mnjadi knyataan..mgkin ini smua dugaan drpd ALLAH utk menguji thap keimanan hmbanya yg lmah ini..masih ingt lgi jnji2 mreka kpadaku..ak sgt setia dgn jnji2 tue..tpi knapa mreka lupakan jnji tue dn trus brlalu tnpa brita..apakh smua ini?

~dri ini cuba utk melupakan sgla yg lpas..dn brusaha membina smangat utk trus maju ke hdapan..mhu lupakan sgla perkra2 yg tlah berlalu wlaupn amt pahit skali..di situ juga trdpat knangan mnis saat2 mengecapi kgembiraan brsama..tpi dri ini trus tekad x kn berpatah kmbali ke blakang..dn terus maju ke hadapan..mgkin yg akn dtg nnti akn lbeh baek dri yg sblum ini..SETIAP YG TERJADI ITU ADA TERSEMBUNYI HIKMAHNYA..insyaALLAH,dri ini akn trus berusaha demi meningkatkn iman dn juga taqwa..

~< La TaHzAn, iNnAllAhA mAa'Na >~

Tuesday, July 13, 2010

Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.

Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh
Allah SWT pada setiap masa dan ketika.

* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT

* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.


…….


TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

* Apabila manusia telah mengubah tabiat,

* ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la

* minyak gamat.

* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

* Semua nak tunjuk kuat.

* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

* Tapi hidup pula yang melarat.

* Tali kasut dah tak berikat.

* Rambut pun jarang sikat.

* Yang perempuan, pakai mini sekerat.

* Suka pakai baju ketat.

* Suka sangat menunjukkan pusat.

* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

* Pakai pulak yang singkat-singkat.

* Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.

* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

* Duduk jauh berkirim surat.

* Bila berjumpa, tangan berjabat.

* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

* Usah peduli agama dan adat.

* Usah takut Allah dan malaikat.

* Yang penting apa kita nak buat?

* Kita ‘bukti’ lah kita buat.

* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

* Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

 
* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.


* Habis manusia telah tersesat.

* Inilah dia fenomena masyarakat.

* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

* Marilah kita pakat mengingat,

* Bahawa dunia hari ini makin singkat,

* Esok atau lusa mungkin kiamat,

* Sampai masa kita semua akan berangkat! .


* Berangkat menuju ke negeri akhirat.


* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

* Masa tu, sindri mau ingat.

* Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?

* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?


* Harta benda anta, dari mana anta dapat…?


* Ilmu anta, adakah anta manafaat…?


Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Friday, July 2, 2010

fAsI PDT brsma geng kanak2,skuad 15 & fasi2 pst..

Rasa x sbar2 je nk kmbali ke KMPP..nk jmpa blek geng2 fasi tmbh2 skuad 15 yg dsayangi..wlaupn 2 mgu je x jmpa tpi rsa cm lme je x jmpa dyorg suma..kali nie x suma geng skuad 15 yg dtg..msing2 da hal yg x bleh nk d'elakkan..kinah,rehan,abg paan ngn naim x bley nk join kmi suma..pa2 pn,korang ttap di ingatan kami smua..

Kali nie fasi PDT ada 25 org..skuad 15-4 org n slbehnya fasi2 pst dlu..brmulalah kisah pda ptg 13.6.10..kdatangan smua fasi dtggu-tggu oleh KMPP..ptg tue rmai yg bru smpai kcuali syikin yg lwat cket..dy dtg mlam tue lpas knduri..

                                                  < sEmAsA cErAmAh Koko >

Ukhwah yg trbina persis skuntum bunga~
meskipun kini kta terpisah......~

                                                     < mAsE rIaDaH pAgI >

Tiada kata yg dpt dgmbarkn selain berasa serinok bersama ngn adek2 pdt..dyorg mmang bez sgt2 + sporting..wlaupn mula2 msuk suma mcm diam aja..tpi bla2 dh lme2 smakin mriah..terima kasih banyak2 kepada Faizal kerana memeriahkan lagi suasana praktikum dh1p5..terharu sangat2 bila hari terakhir tue adek2 buat kjutan kat kami brdua..dyorang bagi kek yg sgt sdap..THANX again..i was really appreciate it..

                                        < kEk SuRpRiSe uTk fAsI-fAsI dh1p5 >

                                                 < aDeK2 pRaKtIkUm dh1p5 >

Hari last bersama mereka..pagi tue kmai semua makan roti canai depan KMPP..macam-macam roti yang diorang mntak..ada yg mntak roti sardin,telor,kosong..macam2 sungguh..selera masing2 lain..biasa la,lepas nie dh x jmpa dh..tpi kenangan jdi fasi mmang tak boleh nk lupa..wlaupn kmi semua dlu bkannya knal sgt antara stu sma lain..tpi bla dh stu team,kerjasama antara kami semua memang penting..bak kta wonderpets,ape yg pnting 'kerjasama'..

                                        < rOtI cAnAi SaTu!..gerai depan KMPP >

Semoga mereka semua berjaya di dunia dan di akhirat..Moga kekal persahabatan kita selama-lamanya..
~uKhWaH fIlLaH AbAdAn-abAdA~
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kawan-kawanku yg tlh menjadi guruku dlm apa jua urusn yg ak perlukan wlaupn hnya skecil semut..
~Semoga kita bertemu kembali pada masa akan datang..insyaALLAH,mppb tahun dpan kta akn berjumpa smula~
                                        
                                                     < dAiMaN Fi QaLbI >

Monday, June 28, 2010

~tempatku menimba ilmu..~

Di sini lah tempatku menimba ilmu bermula daripada kecil hinggalah sekarang..kt sini juga ak mndpat bnyak pengalaman dan ilmu yang berguna daripada guru-guruku yang disayangi..mereka banyak berjasa kepadaku..seuntai kata-kata daripadaku..tErImA kAsIh yg tidak terhingga kepada semua guru-guruku yg disayangi..

                                     .....sEkOlAhKu rEnDaHkU (SKSJ 2).....

Setelah tamat pengajian di sekolah rendah,tibalah masa ak melanjutkn pelajaran ke tempat yang agak jauh tpi sbnarnya dkat je dgn umah ak..hehe..iaitu di SMKA Al-Irshad..(Al-Iman Assasunnajah).ak jdik bdak asrama yg baek + nakal..tapi kenangan masa kat sini memang tak bloeh nk lupa..macam-macam berlaku sepanjang 5 tahun ak berada di bumi Irshad yg trcinta..


                       .....sEkOlAhKu mEnEnGaHkU (SMKA Al-Irshad).....

Alhamdulillah,segalanya berakhir dengan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang kepadaku untuk terus menjadi warga Irshad selama 5 tahun..ak berjaya juga menamatkan pengajian di sekolah menengah..sesungguhnya,alam persekolahan amat menyeronokkan..

Gembira,sedih,terharu,seronok...semua ak merasa semasa berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang..Ak melanjutkan pelajaranku di KMPP yg trletak tidak jauh dri Irshad..sungguhku tidak percaya yg aku mendapat tawaran ke sana..Pengajianku di KMPP hanya setahun sahaja..2 sem yang penuh dengan cobaan + dugaan + susah payah ak harungi demi menuntut ilmu..Alhamdulillah..perkataan inilah yang keluar setelah ak mendapat keputusan akhir semester..ak bersyukur kepadamu ya ALLAH..


                                            .....zAmAn MaTrKku (KMPP).....

Aku sedang menanti detik waktu untuk menjadi warga Universiti Putra Malaysia yang terletak di Serdang, Selangor..kali ini,buat pertama kalinya aku tinggal jauh daripada rumahku..hanya bekalan doa dan restu daripada kedua orang tuaku mengiringiku ke sana nanti..doakan aku berjaya~~insyaALLAH..

Tuesday, June 22, 2010

aku adalah aku..

aku adalah seorang hamba Allah yg lemah ini yg dciptakan utk mnjdik khalifah d 'ats muka bmi ini..aku bukanlah seorang yg smpurna..aku juga sedang berusaha mencari erti sebenar kebahagiaan di dunia dan bekalan untuk akhirat kelak..aku masih lagi budak hingusan yang belum mengenal erti hidup..masih banyak lagi cabaran2 yang harus aku tempuhi demi mengejar cita-cita aku..apalah hidup jika tiada dugaan..dugaan jugalah yang banyak mengajar aku untuk hidup dan pengalaman jugalah yang mematangkan aku selama aku lahir di dunia ini..aku sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk lahir ke dunia yang indah ini..terima kasih Allah..terima kasih juga kepada ibuku yang bersusah payah mengusung aku di dalam perutnya..tak dapatku bayangkan betapa peritnya seorang ibu bersusah payah menjaga janin di dalam kandungannya..aku sangat bersyukur kerana memiliki ibu dan ayah yang sangat memahami diriku..mereka tidak pernah jemu melayan kerenah aku yang sangat cerewet ini..aku berdoa supaya mereka sentiasa di bawah rahmatmu ya ALLAH..

mEnCaRi YaNg mAhA SaTu~

Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya

(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Mmeohon ampun dariMu

Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

U.N.I.C.C.A.T

(rap)

Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)

kAsIhKu aBaDi...

Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...