Pages

kAtA pembuka bIcArA

Wednesday, December 1, 2010

pIzzA~PiZZa~pIzzA

SALAM..

Lama betul dh x bkak blog nie..tpi bla skali bkak mcm2 nk tlih..hehe..
Post kali nie ialah tentang cara-cara nk buat pizza..nyum..nyum..lma benor dh x mkan pizza nie..ngidam plak rasanya..
Walaupun x pnah buat pizza, tpi cuba jgak cri resepi kt internet..moga2 dpat la mencuba buat pizza masa semester break nie..
Harap bleh dikongsi bersama resepi nie..

Bahan-bahan ( doh pizza )
  • 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gulahttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=131385488363044933
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli


Cara membuat
  1. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  2. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  3. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  4. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  5. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  6. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  7. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree. 

 
Bahan - bahan ( sos pizza)
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula 
Cara membuat

Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

Untuk Topping 
  • Sosej
  • Daging ayam, lembu
  • Lada benggala hijau atau merah - potong nipis-nipis
  • Tomato
  • Cendawan butang- potong nipis
  • Bawang besar
  • Nenas
  • Cheese monzarella




4 comments: