Pages

kAtA pembuka bIcArA

Monday, December 6, 2010

MAAL HIJRAH (1432H)

Salam Maal Hijrah..

Selamat Tahun Baru Hijrah bersamaan dengan 1432H..
Semoga dengan kedatangan tahun baru yang disambut baik ini akan dapat sama-sama kita perbaiki kelemahan diri supaya dapat ditingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita..
Jadikan segala kesilapan lampau sebagai penyunting semangat dan juga guru yang dapat memberi kita semangat ke arah yang lebih posotif..
Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha untuk berhijrah..

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud :

'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'


Hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Illahi.




Semuanya terletak pada diri kita samada untuk mengaplikasikan konsep hijrah itu sendiri. Segala usaha yang dibuat juga mestilah berteraskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah sepertimana hadis Rasulullah s.a.w.



'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, di mana kamu semua tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul.'



(Hadis Riwayat Imam Malik)




~MARILAH SAMA-SAMA KITA HAYATI MAKSUD HIJRAH~








HIJRAH SATU WAWASAN
( iN-TeAm)


Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang

Mulakan hijrah dengan niat
Yang suci dan pasti
Membina kehidupan harmoni
Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
Sejahtera hidup aman sentosa

C/O
Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran

Contohilah Rasulullah
Berhijrah dari Makah ke Madinah
Demi menegakkan kalimah yang suci

Hijrah satu perubahan
Dalam meniti arus kemodenan
Dari kemunduran kepada kemajuan

Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang
Demi menjayakan hijrah yang murni


No comments:

Post a Comment